BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 19 Januari 2010

masalah remaja hamil...sape salah ae????

Ibu bapa yang berhadapan dengan masalah remaja hamil amat tertekan kerana mereka tidak dapat menerima anak perempuan mereka melahirkan anak tanpa suami. Malu mereka bukan kepalang, malah ada yang merasakan muka mereka seperti ditampal kulit babi.

Istilah mahu tutup malu sering digunakan dalam keadaan seperti ini. Apakah dengan menikahkan pasangan muda itu telah terhurai masalah atau ia sebagai satu pintu untuk mengundang beberapa masalah lain yang punya kaitan dengan perkahwinan itu?

Ramai anggota masyarakat tidak berfikir panjang kesan daripada usaha untuk menutup malu, mereka tidak kisah jika perkahwinan itu hanya dapat bertahan beberapa bulan. Pada mereka, sekurang-kurangnya anak mereka telah mempunyai surat cerai dan bestatus janda jika bercerai, dan ini dianggap lebih baik daripada membiarkannya mempunyai anak tetapi belum bernikah.

Perkahwinan yang dianggap sebagai satu ikatan suci mengikut ajaran Islam, telah disalah guna semata-mata untuk melindungi ‘maruah’ keluarga, sedangkan hakikat sebenar merumitkan lagi keadaan.

Banyak kejadian yang melibatkan remaja hamil berlaku daripada kalangan mereka yang berhadapan dengan masalah, antaranya ialah:

Ibu bapa yang kurang mesra dengan anak-anak sehinggakan anak lebih selesa berada di luar rumah, dan akhirnya terjebak dengan seks bebas.
Ibu bapa sedemikian agak sukar memberikan bimbingan kepada anak-anak selepas anak itu bernikah kerana jurang yang sedia ada dan akhirnya akan membiarkan pasangan muda tanpa hala tuju dalam perkahwinan.

Kurang kemahiran mendidik anak sehingga terlalu percaya apa sahaja alasan yang diberikan anak-anak, memberikan kebebasan tanpa had, memberikan kebebasan tanpa had, membiarkan mereka bermalam di rumah kawan, bersantai di pantai sehingga pagi, ke kelab disko dan sebagainya.
Kealpaan mereka menyebabkan anak-anak semakin liar dan sukar dibendung yang akhirnya ibu bapa seperti ini hanya akan menyesal jika remaja ‘berbadan dua’.

Kesibukan ibu bapa bekerja juga membuka ruang kepada anak-anak untuk bergaul tanpa mendapat perhatian. Ibu bapa lebih menumpukan usaha untuk memenuhkan keperluan fizikal tetapi gagal memberikan keseimbangan kepada keperuan rohani anak-anak.
Tanpa nilai yang betul anak-anak akan hanyut dan jika mereka dibenarkan bernikah tanpa nilai positif, rumah tangga itu mudah hancur kerana dibina tanpa asas yang kuat.

Ibu bapa yang bermasalah seperti yang berurusan menanti perceraian atau yang telah bercerai, atau mereka yang sakit kronik, sebahagian mereka hanya menumpukan kepada maslaah peribadi sendiri.
Anak-anak yang tidak lagi mendapat perhatian sewajarnya, akan berasa ‘boring’?, istilah yang sering digunakan remaja, menyebabkan mereka lebih gemar bersama kawan-kawan yang menghiburkan mereka di luar.

Ramai ibu bapa yang tidak mahu dipersalahkan apabila anak-anak mereka hamil atau menyebabkan kehamilan, mengaku telah memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama.

Sikap berpuas hati dengan menghantar mereka belajar agama pada hujung minggu tanpa mahu mewujudkan sekitaran yang mesra dalam keluarga atau memberikan contoh yang baik, tidak akan menyegarkan penghayatan beragama, malah ada yang memberikan isyarat yang berbeza, apa yang didapati di masjid tidak seperti yang dilihat di dalam rumah.

Untuk mengatasi masalah remaja yang terlanjur atau yang kehilangan daya tahan, memerlukan kerjasama semua anggota keluarha. Mereka tidak boleh lepas tangan, tetapi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang agak sukar untuk mengharapkan bantuan mereka.

Program berkala yang dilakukan untuk memberi kesedaran tidak lebih seeprti tiupan angin yang berlalu, tanpa memberikan kesan yang diharapkan meskipun perbelanjaan besar telah dikeluarkan.

Andainya masyarakat terus berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan sekarang tanpa mahu menilai keberkesanan setiap program, masalah remaja hamil akan terus berleluasa tanpa hujungnya.

0 ulasan: